Sukan Hari Ini

Sentuhan Nadal julang Sepanyol

nadal

Madrid: Juara Terbuka Amerika Syarikat, Rafael Nadal yang bergandingan bersama Marc Lopez menghadiahkan Sepanyol kemenangan 3-0 dalam play-off Kumpulan Dunia Piala Davis, kelmarin.

Gandingan Sepanyol itu menewaskan Denys Molchanov dan Sergiy Stakhovsky 6-2, 6-7 (6/8), 6-3, 6-4 dalam tempoh kurang tiga jam bagi memastikan juara lima kali itu akan terus kekal antara 16 negara terbaik dunia tahun depan.
Ia adalah set perlawanan ketiga buat Nadal dalam tempoh enam hari selepas meraih gelaran ke-13 Grand Slam di New York, Isnin lalu. Dia menumpaskan Stakhovsky Jumaat lalu.

“Permainan beregu sentiasa ada turun naiknya dalam Piala Davis – perlawanan yang panjang, lebih-lebih lagi di atas permukaan tanah liat,” kata Nadal.

“Kami bermula dengan bagus, kemudian kami bermain dalam beberapa permainan yang tidak bagus pada set kedua ketika kami berjaya mengawal perlawanan.
Perkara positif ialah pada dua set terakhir kami bermain dengan sikap yang betul, kami berjaya mengawal situasi dan mencapai matlamat.

“Kami akan terus berada dalam Kumpulan Dunia untuk setahun lagi.” Pemain berusia 27 tahun itu tidak menjangkakan dia akan beraksi dalam beregu, sejak kali terakhir di Piala Davis 2006. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");