Berita Hari Ini

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia

TABUNG HAJI

MAKKAH – Seorang jemaah haji Malaysia, Daud Kasim, 64, meninggal dunia akibat masalah jantung di Madinah pagi semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jenazah Daud diurus oleh Tabung Haji (TH) dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah selepas solat Asar semalam.

Katanya, Allahyarham Daud meninggal dunia pada pukul 9 pagi waktu tempatan semalam di Klinik Zon 1, Hotel Al Haram, Madinah.

Allahyarham adalah jemaah haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad dan berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.

TH akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");