Sukan Hari Ini

Sundra tak hirau pegawai FAM

v sundramoorthy

Temerloh: Raut wajah pengendali skuad bawah 23 tahun Singapura, V Sundramoorthy (gambar) jelas kecewa dan gerak lakunya di Stadium Temerloh, kelmarin bagai menceritakan segalanya.

Digantung perlawanan ketika menentang Thailand, Sundramoorthy tidak dapat memberi arahan terus kepada pemainnya yang menyaksikan penolong jurulatih, K Balagumaran mengambil alih tugas hakikinya di tepi padang.
Namun yang menarik, suara Sundramoorthy yang memberi arahan dari kerusi penonton jelas kedengaran dan bekas pemain kebangsaan Singapura dan jurulatih Lions XII itu jelas tidak mengendahkan orang di sekeliling termasuk pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memantau perlawanan.

Beri arahan

Malah dua pertukaran pada babak pertama, seawal minit ke-25 memang adalah arahan terus daripadanya yang dilihat tegas mengarahkan pemainnya di bangku simpanan untuk pantas memanaskan badan.

Ditambah dengan kehilangan pemain tonggak yang beraksi bersama skuad kebangsaan seperti Hariss Harun, Safuwan Baharudin, Shahfiq Ghani dan beberapa lagi pemain, Sundramoorthy jelas kecewa dengan barisan yang dimilikinya kali ini yang mencetuskan pincang buat Singapura yang turut diakui penolongnya, Balagumaran.

“Dalam kejohanan ini, kami tidak menurunkan barisan terkuat dan pemain yang ada di sini sebenarnya sedang melalui ujian sama ada mereka akan tersenarai dalam skuad Sukan SEA nanti,” kata Bala.
Malaysia kuat

Singapura tewas 0-1 kepada Malaysia dan Thailand, sebelum tewas lagi kepada Myanmar 2-0, kelmarin.

Bagi Myanmar, kejayaan yang kali terakhir dilakar pada 2006 pasti ingin diulang namun mereka sedar, Malaysia mempunyai skuad yang dianggap mantap kali ini.

Dilihat mempunyai barisan terbaik dimiliki, Myanmar dianggap antara calon pilihan namun jelas terkejut dengan kemampuan dimiliki skuad bawah 23 tahun negara yang menumbangkan mereka 2-1 sekalipun ketinggalan.

“Malaysia pasukan yang baik,” kata pengurus pasukan Myanmar, Myint Aung.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");