Isu Panas

Tanda Putera: Guan Eng tak boleh terima kenyataan

tp suhaimi

Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan tidak boleh terima kenyataan dan ‘terasa lebih’ apabila bertindak menghalang penayangan filem Tanda Putera di negeri ini.

Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, filem itu hanya mengandungi fakta sejarah yang harus diketengahkan kepada generasi masa kini.

Menurutnya, Guan Eng juga seolah-olah takut pada bayang-bayangnya sendiri dengan melarang Tanda Putera ditayangkan.

“Saya baru menontonnya dan pada saya, filem ini tiada cacat-celanya. Ia hanya memaparkan sejarah negara kita iaitu peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Filem ini juga bagus dari sudut kandungannya kerana ia dibuat berdasarkan kajian terperinci.

“Tindakan Guan Eng menghalang ia ditayangkan adalah satu tindakan yang melampau kerana filem ini mengandungi maklumat sebenar yang menyuntik semangat nasionalisme kepada anak muda kini,” katanya kepada Sinar Harian selepas menonton filem Tanda Putera di Pasaraya Queensbay bersama 280 peminat filem Melayu di Georgetown, kelmarin.

Sebelum ini, Guan Eng meminta semua pemilik pawagam supaya tidak menyiarkan filem itu atas alasan keamanan masyarakat di negeri ini.

Sohaimi berkata, selepas Pulau Pinang, beliau akan mengadakan sesi menonton secara percuma bersama peminat filem Melayu di Kuala Lumpur.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");