Membawang Hari Ini
Like

Tanda Putera: Shumi bakal ambil tindakan!

September 6, 2013
165 Views
0 Comments
1 minute read
Tanda Putera: Shumi bakal ambil tindakan!

tp putera

PENGARAH filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dipanggil Shumi, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar palsu kesalahan teknikal filem arahannya itu.

“Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan selanjutnya,” ujar Shumi dalam satu kenyataan media.

Pengarah Hati Malaya itu berkata, kesalahan teknikal yang bertebaran di internet itu sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan filem serta kredibilitinya sebagai pengarah.

“Terdapat individu yang mencuri gambar daripada Facebook Tanda Putera dan mendakwa ia adalah kesilapan teknikal ketara dalam filem ini.

“Ini suatu pembohongan besar yang tiada dalam filem. Paling mengecewakan, fitnah ini turut dimasukkan, tanpa selidik, oleh sebuah stesen TV swasta dalam segmen beritanya,” tegas Shumi.

Mengulas soal kutipan filemnya, Shumi bersyukur dengan pencapaian Tanda Putera.

“Kutipan filem boleh dikatakan baik, terutama bagi sebuah filem bergenre sejarah seperti ini.

“Prestasi tayangan Tanda Putera hujung minggu lalu juga, di luar jangkaan apabila ada penonton yang memberikan tepukan gemuruh sebaik saja filem itu tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Shumi turut menyelar tuduhan segelintir ahli politik yang mendakwa filem arahannya itu adalah filem UMNO.

“Kalau ini filem UMNO dan dipenuhi seramai 3 juta penonton, pastinya Tanda Putera sudah pecah rekod dan capai kutipan box office berjuta-juta ringgit !” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply