Berita Hari Ini

Tangani persepsi, realiti rasuah secara seiring

rasuah

KUALA LUMPUR – Usaha memerangi persepsi dan realiti kegiatan rasuah di negara ini perlu digerakkan secara seiring, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana laporan sebuah barometer rasuah menunjukkan kurang daripada lima peratus rakyat negara ini pernah melalui pengalaman melihat perbuatan memberi dan menerima rasuah.

Katanya, ia berbeza dengan kadar peratusan rendah rakyat Malaysia yang menaruh persepsi positif mengenai usaha kerajaan menangani gejala tidak bersih itu, yang dicatat dalam laporan sama.

“Hanya 31 peratus rakyat Malaysia mendapati usaha kerajaan memerangi rasuah adalah baik. Tetapi survey yang sama juga menunjukkan hanya kurang lima peratus daripada rakyat kita yang berpengalaman menyaksikan atau memberi rasuah.

“Dua perkara ini kita perlu ambil berat bersama-sama. Jangan hanya cerita persepsi apabila realiti perbuatan rasuah adalah rendah. Bila baik, kita kena terima hakikat negara kita baik,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau memetik laporan Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International 2013 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) Julai lepas.

Menurut barometer itu, peratusan rakyat Malaysia yang menaruh persepsi positif mengenai tindakan kerajaan dalam memerangi rasuah menurun kepada 31 peratus daripada 49 peratus pada 2011.

Razali menegaskan di samping kegiatan rasuah, masalah persepsi negatif rakyat juga perlu ditangani semua pihak termasuk pembangkang jika benar-benar serius mahu memerangi gelaja kotor itu.

Bagi usaha memerangi persepsi negatif rakyat itu, katanya kerajaan juga bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya perkhidmatan bagi urusan pengambilan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih di peringkat kajian dan memerlukan sokongan dua per tiga anggota Dewan Rakyat kerana melibatkan pindaan perlembagaan negara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");