Berita Hari Ini

Tarikan Polis Pelancongan

POLIS

IPOH – Kerajaan negeri memperkenalkan Polis Pelancongan yang ditubuhkan bagi menjamin keselamatan pelancong yang berkunjung ke bandar ini.

Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, Unit Polis Pelancongan Bandaraya Ipoh di bawah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga sebahagian daripada promosi program Jejak Warisan Berbasikal.

“Produk pelancongan itu dilancarkan sempena Rancangan Tempatan Ipoh 2020, di mana Ipoh akan lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan berserta produk yang berkualiti, maju dan berdaya saing bagi mempelbagaikan sumber ekonomi.

“Kita ada 28 basikal yang boleh dinaiki tiga orang sebanyak tiga unit, dua tempat duduk kita ada sepuluh termasuk basikal satu tempat duduk pun ada sepuluh dan untuk kanak-kanak kita ada lima yang ditempah khas dari China,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kinta Riverfront Side Walk, semalam.

Nolee Ashilin berkata, Jejak Warisan Ipoh bertujuan memberi pendekatan baru dalam industri pelancongan Perak dengan berbasikal sambil menghayati warisan bangunan atau tempat yang menarik di Ipoh.

“Kita mahu mewujudkan perpaduan yang sihat di kalangan masyarakat yang lebih dinamik tanpa mengira peringkat umur dan kaum sejajar dengan hasrat 1Malaysia.

“Malah kita mahu kekalkan kualiti alam sekitar serta kesihatan warga kota sambil menggalakkan amalan pelancongan gaya hidup sihat melalui berbasikal,” katanya.

Menurutnya, program itu juga bakal mempromosikan keistimewaan Ipoh pelancong dari dalam dan luar negara sambil menikmati keindahan landskap alam semula jadi Ipoh.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihak swasta turut bersetuju untuk menaja sebanyak 10 basikal khas yang ditempah dari China bagi merealisasikan Unit Polis Pelancongan.

“Kita telah menyatakan hasrat itu kepada Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong. Berbasikal terbabit mempunyai siren serta berwarna putih dan biru yang dilihat sesuai dengan imej PDRM.

“Sekiranya unit terbabit direalisasikan secara efektif, kita akan terus menempah basikal terbabit demi pelancongan Perak dan keselamatan pelancong tempatan mahupun luar negara,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");