Jenayah

Warga emas nyaris rentung

api renggam

KLUANG – Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukurnya apabila terselamat daripada terbakar dalam kebakaran yang berlaku ke atas rumahnya di Kampung Haji Noor, di sini, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.15 malam itu mengakibatkan rumah pasangan warga emas berkenaan hangus sama sekali sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Pasangan berkenaan Harus Badar, 78, dan isterinya Misnah Tabri, 72, sewaktu kebakaran berlaku sempat menyelamatkan diri untuk keluar dari bilik tidur sebelum api marak ke bahagian belakang rumah.

Anak mangsa, Nizam Harun, 48, meluahkan rasa syukur kedua ibu bapanya terselamat dan kini tinggal menumpang rumah adik tirinya di kampung yang sama.

Dia berkata, sewaktu kebakaran berlaku ibu bapanya tidak menyedari kejadian berkenaan tetapi telah dikejutkan oleh jeritan jiran berdekatan yang menyedari rumah bapanya terbakar lalu mereka berdua bergegas keluar melalui pintu bahagian belakang rumah.

“Akibat kejadian itu, ibu masih trauma dan tidak bercakap banyak manakala bapa hanya mampu termenung mengenangkan rumah yang dibina sejak puluhan tahun lalu musnah dalam sekelip mata.

“Bagaimanapun, kami rasa bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun ayah kudung kaki sebelah kiri dan telah mengehadkan pergerakkannya untuk menyelamatkan diri namun ibu bantu ayah keluar dari rumah berkenaan.

“Saya tidak kisah rumah terbakar tetapi saya hanya risau keselamatan kedua ibu dan ayah saya,” katanya yang tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohamad Adam yang mengetuai lima anggota Bomba dan Penyelamat Renggam berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian berkenaan kira-kira jam 11.17 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian pihaknya mendapati hampir 90 peratus rumah tersebut telah musnah dan tiada apa-apa yang boleh diselamatkan.

“Punca kebakaran dipercayai akibat daripada aliran elektrik dalam rumah namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh Bahagian Forensik Bomba bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dengan bantuan pasukan Bomba Sukarela Simpang Renggam yang turut sama menyertai operasi pemadaman,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");