Perak Hari Ini

1,147 Graduan UTP Terima Ijazah Tahun Ini

yes11

Seramai 1,147 graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) menerima ijazah masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Ke-13 yang berlangsung hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 67 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 90 graduan Ijazah Sarjana Sains dan 990 graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi.

Menurut Naib Canselornya, Datuk Abdul Rahim Hashim, kejayaan UTP dalam bidang inovasi penyelidikan sentiasa membuktikan kebolehan universiti itu di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Tambahnya, pelan transformasi bagi memperkasakan inisiatif dalam bidang penyelidikan juga sedang dipergiatkan sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi tahun 2013 hingga 2017, pihak UTP telah merangka fokus strategik yang mencakupi empat aspek utama akademik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kecekapan dan keberkesanan operasi serta hubungan industri.

“Penghasilan penyelidikan yang berkualiti daripada kalangan warga UTP berjaya merangkul sebanyak 87 pingat bagi tahun ini semasa pameran inovasi International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2013),” ujarnya ketika berucap di Majlis Konvokesyen UTP Ke-13, di Tronoh.

Di samping itu, jelasnya, UTP juga berjaya menggondol 18 anugerah di arena antarabangsa sempena British Invention Show (BIS) sekaligus menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya mengharumkan nama negara menerajui misi dalam mencapai kecemerlangan untuk kepentingan pembangunan.

Turut hadir, Pro Canselor UTP, Tan Sri Sidek Hassan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pelbagai usaha penyelidikan UTP terus mendapat pengiktirafan serta kepercayaan daripada industri-industri besar.

Terbaru, katanya, Sapura Kenchana dan PETRONAS Carigali, masing-masing bersetuju menaja Kursi Professor dalam bidang Deep Water Drilling and Contruction Technology dan Enhanced Oil Recovery pada tahun ini.

“Pencapaian yang ditonjolkan pelajar UTP sangat memuaskan di mana rekod menunjukkan mereka berjaya menndapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

“Kelebihan UTP juga dapat dilihat dalam aspek akademik, peluang pekerjaan dan prasarana, kemasyarakatan dan kemahiran insaniah yang sentiasa menjadi landasan bagi mencapai keunggulan,” ujar beliau lagi.

Bagi penerima anugerah Cancelor Emas, graduan kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, Lee Hsiu Eik, sentiasa menerapkan sikap disiplin yang tinggi bagi mencapai kejayaan yang digenggam sekarang.

Pencapaian Hsui Eik memperoleh pelbagai anugerah membuktikan beliau merupakan graduan yang menepati aspirasi UTP dalam melahirkan graduan yang serba boleh.

yes33

Graduan yang berasal dari Kedah, Siti Noor Ashikin Mustaffa, berjaya memperoleh Sijil Dekan bagi hampir kesemua semester pengajian bagi mengotakan janjinya kepada orang tua.

Aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan sama ada dalam mahupun luar negara terutama bidang sukan dan menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idolanya, Siti Noor Ashikin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor Perak pada konvokesyen kali ini.

Manakala, penerima anugerah Canselor Gangsa pula, Yong Jenn merupakan anak tunggal kepada pasanagn Edward Yong Yoke Lin dan Doreen Poh Lee Ming yang berasal dari Johor sentiasa memperoleh keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan sejak kecil lagi.

Peminat sukan catur, Yong Jenn telah memulakan kerjaya sebagai jurutera proses di SHELL Bintulu, Sarawak.

Bagi anugerah pelajar antarabangsa terbaik, graduan berasal dari Vietnam, Nguyen Thi Hoai Vy merupakan anak sulung daripada dua beradik juga berjaya merangkul anugerah ‘Best Vietnam Student Award’ di negaranya pada tahun 2010.

Setelah berjaya mengenggam segulung ijazah dari UTP, beliau kini telah bertugas sebagai ‘Field Engineer’ bersama Baker Hughes di negara kelahirannya.

Berikut adalah Anugerah Alumni- Penyelidik Terbauik bagi Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah 2013:

1. 1. Anugerah Alumni Penyelidik Terbaik Peringkat Sarjana

– Jawad Humayun (Pakistan, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

2. 2. Anugerah Alumni Penyelidik Terbaik Peringkat Doktor Falsafah

– Muhammad Farooq (Pakistan, Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");