Perak Hari Ini

12 Calon Ketua Wanita Bahagian Di Perak Menang Tanpa Bertanding

PERAK TODAY 1

Pemilihan sayap pergerakan Wanita UMNO di kesemua 24 bahagian di Perak menyaksikan 12 calon Ketua Wanita menang tanpa bertanding.

Antaranya, Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rusnah Kassim yang mengekalkan jawatan Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim tanpa dicabar manakala Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi turut menang tanpa bertanding bagi jawatan sama di bahagian Kampar.

Sementara itu, Salmiah Sutan Taharuddin juga masih mengekalkan jawatan tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Grik; Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Padang Rengas), Masarah Abdulah (Ipoh Timur); Salmah Sojak (Beruas); Rohaya Yaacob (Tapah), Puizah Kassim (Tambun) dan Dr Azizah Johor (Lumut).

Manakala Rosmaizar Mat Ali juga penyandang kekal sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong, Saliza Ahmad (Larut); Nor Salewati Mat Norwani ( Parit Buntar); Zarina Abdol Majid (Bagan Serai); Hafsah@Purh Idris (Batu Gajah); Aishah Halid (Kuala Kangsar); Datuk Wan Norashikin Wan Nordin (Pasir Salak); Zainun Ahmad (Teluk Intan).

Sementara itu, kejutan berlaku di pemilihan Wanita UMNO Gopeng apabila penyandangnya, Datuk Hamidah Osman tewas kepada Juliliyana Mohd Junid dengan majoriti 20 undi.

Pertembungan itu menyaksikan Juliliyana Mohd Junid meraih 163 undi manakala Hamidah yang juga Pengerusi TEKUN memperoleh 143 undi.

Seorang lagi calon, Wan Razita sekadar mendapat 20 undi daripada perwakilan bahagian itu.

Untuk sayap Pemuda pula, antara lain yang menang tanpa bertanding di Perak ialah jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di mana enam daripada 24 bahagian di negeri itu dimenangi oleh Mohamad Iruan Zulkefli (Lenggong), Nazirul Jamaluddin (Bagan Serai), Shahril Azmir Ahmad Shaffie (Taiping), Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (Tambun), Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi (Ipoh Barat) dan Mohd Sharizal Abdul Alibu (Beruas).

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian negeri pula dimenangi tanpa bertanding oleh Ketua Puteri Umno Perak, Salbiah Mohamed (Gerik), anggota Exco Puteri Umno Malaysia, Isfarina Mohd Bali (Ipoh Barat), Jaraidah Ismail (Larut), Jamilah Zakaria (Bukit Gantang), Rosnita Kadir Maidin (Taiping), Sazmaniza Sulaiman (Padang Rengas), Iylia Ainuddin (Tambun), Mursyidah Jaeszan (Ipoh Timor), Nor Fazila Saaidun Razali (Batu Gajah), Emillia Abd Rahim (Kampar), Suzana Osman (Gopeng), Nurul Huda Nordin Ahmad (Tapah), Suhaili Suib (Pasir Salak), Rafidah Mat Shafiei (Lumut), Rohana Tarmizi (Bagan Datoh) dan Nor Azryna Mohd Jainuri (Teluk Intan).

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Perak dekat Ipoh, hari ini.

Mengulas mengenai keputusan seri membabitkan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Khusairi berkata, pihaknya akan berhubung dengan pengerusi tetap bahagian itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Seharusnya jika situasi seumpama itu berlaku, pengerusi tetap yang dilantik boleh membuat keputusan dengan kaedah cabutan undi dua nama tersebut yang berada dalam bidang kuasanya,” ujarnya.

Katanya lagi, siasatan akan dibuat untuk mendapatkan gambaran yang sebenar dan pihak Badan perhubungan UMNO negeri sendiri akan mengaturkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan keputusan diperoleh kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");