Jenayah

2 anggota polis direman lima hari

reman

Kes tembak pemungut hutang: Lima suspek termasuk seorang wanita turut ditahan untuk bantu siasatan

Bukit Mertajam: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tembak mati seorang pemungut hutang di sebuah pusat hiburan di Autocity, Juru di sini, kelmarin, ditahan reman lima hari untuk membantu siasatan.

Anggota berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan reman bersama lima lagi suspek termasuk seorang wanita.

Pendaftar Kanan Mahkamah, Ahmad Faiz Md Zin, mengeluarkan perintah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Perintah itu dibuat kerana polis mahu menyiasat lebih mendalam ke atas semua suspek yang berusia antara 30 hingga 55 tahun untuk mengetahui berapa ramai individu yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Insiden tolak-menolak

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin, dikatakan berlaku insiden tolak menolak antara mangsa dengan anggota polis.
Anggota berkenaan dikatakan melepaskan satu das tembakan yang mengenai perut Kang Seak Siong, 38. Mangsa meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek utama kes itu adalah dari pasukan cegah jenayah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger dan satu peluru hidup jenis SME 9mm.

“Siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek sehingga suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

“Suspek sememangnya dibenarkan membawa senjata api tidak kira sama ada ketika bertugas atau tidak namun kita menyiasat dari sudut penyalahgunaan kuasa hingga menyebabkan kematian.

“Ketika ini, senjata api suspek yang juga milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dirampas,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");