Sukan Hari Ini

30,500 Tiket Final Bagi Penyokong Pahang Habis Dijual Dalam 3 Jam

pahang

Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur di Kuantan mulai 10 pagi Rabu.

Setiausaha Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata peruntukan 30,500 keping tiket termasuk 500 tiket untuk kanak-kanak dan 12,000 tiket yang diagihkan kepada 11 persatuan daerah.

Proses penjualan tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata penyokong tempatan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam boleh menyaksikan final antara Pahang dan Kelantan melalui skrin gergasi di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Jalan Stadium here, Ahad ini.

Menerusi tinjauan Bernama, ribuan penyokong skuad Tok Gajah mula membanjiri Stadium Darul Makmur seawal 6 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan aksi final itu.

Walaupun ada peminat yang gagal mendapatkan tiket tetapi tiada kekecohan berlaku seperti penjualan tiket separuh akhir Pahang-Sarawak pada 19 Oktber lepas.

Seorang penyokong Pahang, Hafizul Hamzah, 30, berkata, beliau sanggup menunggu kaunter tiket dibuka walaupun hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja.

Pasangan kembar yang berusia 50 tahun, Abdul Manan Abdul Aziz dan Abdul Manaf, turut melahirkan perasaan gembira mereka setelah berjaya membeli tiket untuk perlawanan akhir berkenaan.

“Kita ini peminat setia negeri Pahang. Anak-anak negeri Pahang ini kena sokonglah. Setakat mana kita boleh bantu Pahang, sokonglah. Itu aje,” kata Abdul Manan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");