Berita Hari Ini

5,000 hadir meriahkan Pesta Loy Kratong

DSC_7805

PASIR MAS – Kira-kira 5,000 orang masyarakat Siam Malaysia serta Thailand dan Singapura memeriahkan Pesta Loy Krathong peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Pesta tradisi masyarakat itu yang diadakan di Wat Uttamaram di sini, berlangsung meriah bermula dengan program keagamaan penganut Buddha sehingga berakhir pada tengah malam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A. Tambi dan dihadiri masyarakat pelbagai bangsa yang mahu melihat kemeriahan pesta berkenaan.

Ab Ghaffar berkata kementerian menggalakkan pesta berkenaan dihadiri masyarakat pelbagai kaum bagi merapatkan hubungan melalui kebudayaan.

Pengerusi jawatankuasa sambutan, Kc Ngiam a/p Eh Kuan berkata tradisi masyarakat itu mampu merapatkan hubungan antara kaum di negara ini.

Pada sambutan itu, penganut Buddha menghanyutkan 5,000 jambangan bunga teratai di sungai bersebelahan wat itu pada 12 tengah malam.

“Kami mendoakan kesejahteraan negara kita terus berkekalan dengan keharmonian kaum terus terserlah,” kata Kc Ngiam.

Pesta itu turut diserikan persembahan dari pelbagai kaum dan pertandingan ratu Loy Krathong.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");