Jenayah

80 lagi Pati diusir pulang

pati

TANAH MERAH – Seramai 757 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan sementara di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, di sini, diusir pulang ke negara asal sejak Januari tahun ini.

Komandan depot itu, Wan Yaacob Wan Derahman berkata, kebanyakan Pati terbabit adalah warga Indonesia iaitu seramai 228 orang, diikuti 163 orang dari Myanmar, 119 warga Vietnam dan selebihnya daripada 11 negara lain.

Terbaru katanya, seramai 80 Pati termasuk 10 wanita yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia atas pelbagai kesalahan dikenakan tindakan sama apabila diusir pulang, semalam.

“Daripada jumlah ini, seramai 74 orang adalah warga Myanmar, tiga warga Kemboja dan masing-masing seorang dari Indonesia, Pakistan serta Bangladesh.

“Penghantaran pulang 80 Pati berusia antara 18 tahun dan 48 tahun ini adalah yang paling ramai pernah dibuat Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penghantaran pulang Pati terbabit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, semalam.

Penghantaran menggunakan sebuah bas, satu trak, dua van dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) itu melibatkan 17 pegawai pengiring, diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Razali Harun.

Mengulas lanjut, Wan Yaacob berkata, tahanan depot itu termasuk yang dihantar pulang semalam adalah Pati yang ditangkap di negeri ini dan warga asing dibebaskan dari Penjara Pokok Sena, Kedah.

“Mereka yang diusir pulang ini ditahan atau dihukum penjara atas pelbagai kesalahan terutama tinggal melebihi masa dibenarkan dan tidak memiliki dokumen perjalanan.

“Dengan penghantaran pulang 80 Pati hari ini (semalam), depot ini kini masih menempatkan seramai 345 Pati berbanding kuota seramai 350 orang,” katanya.

Ditanya kekerapan pengusiran Pati, Wan Yaacob berkata, menerusi tiga kaedah penghantaran pulang, sebanyak 77 kali pengusiran dibuat pihaknya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

“Pengusiran Pati melalui kaedah udara paling banyak dilakukan iaitu 52 kali, manakala melalui darat sebanyak 18 kali dan tujuh kali melalui laut,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");