Berita Hari Ini

Abaya tampil kelainan

ABAYA

Pemakaian jubah atau abaya mula menjadi pilihan wanita Melayu sejak kebelakangan ini. Mungkin dek ciri-ciri pakaian tersebut menepati syariat, jadi ia menjadi rebutan ramai untuk digayakan dalam apa jua majlis.

Pemilik dan pengasas Suhaila Abaya, Suhaila Mohamad berkata, memakai abaya tidak terhad pada wanita sahaja sebaliknya kanak-kanak juga digalakkan untuk mengenakan pakaian tersebut.

Ujarnya, memakai abaya menjadikan kita mematuhi perintah ALLAH terutama dari segi pemakaian dan penampilan diri.

“Pemakaian menutup aurat tidak pernah menjadi halangan untuk kita bergerak ke sana sini, malah dengan imej yang sopan, insya-Allah keperibadian kita sebagai Muslimah akan terpelihara,” katanya.

Menurut Suhaila, rekaan abaya dulu dan sekarang sudah banyak berbeza. Jika dulu, rekaannya sangat asas tetapi hari ini abaya hadir dalam pelbagai potongan, variasi, fabrik, warna dan gaya.

“Ada abaya dipotong straight cut seperti kebanyakan abaya dari Arab Saudi dan Indonesia.

“Sekarang ini ada pula umbrella-cut atau princess-cut yang bukaan bawahnya kembang luas tapi sangat feminin,” katanya.

Mengenai hiasan pada abaya pula, kata Suhaila, hiasan abaya dulu banyak kosong pada sisi hadapan dan jika ada pun sekadar sedikit tambahan lis atau sulaman berwarna sama sahaja.

“Tetapi hari ini, sudah banyak abaya dihiasi dengan tampalan kristal swarovski yang berkilauan, jahitan sulaman yang berwarna-warni, jahitan manik dan labuci dan macam-macam lagi.

“Pembaharuan yang ditampilkan itu sedikit sebanyak menambahkan bilangan wanita untuk memilih abaya dan seterusnya tampil sopan pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Rekaan dari Jeedah, Dubai

Sebanyak 17 koleksi abaya terbaru, pelbagai gaya dan corak terkini telah ditampilkan pada majlis pertunjukan fesyen Eidul Adha, di Little White Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Koleksi abaya dari Suhaila Abaya itu menampilkan beberapa rekaan seperti umbrella cut dan princess cut. Corak kain velvet dan french lace juga turut dipertontonkan pada pengunjung yang hadir.

Menurut Suhaila, abaya yang didatangkan khas dari Riyadh, Jeddah, Dubai dan Egypt itu sesuai digayakan oleh semua gadis dan wanita pelbagai peringkat umur, termasuklah si comel berusia seawal enam tahun.

Katanya, jenis material yang selesa dan berkualiti tinggi menjadikan abaya diminati dan boleh dikenakan pada bila-bila masa mahupun mana -mana majlis yang bakal dihadiri.
Malah pemakai abaya tidak perlu risau sekiranya tertinggal telekung setelah keluar rumah, kerana abaya adalah pakaian yang ready solat.

Soal harga, beritahu Suhaila, harga bermula dari RM180 hingga RM300 (bergantung pada jenis material dan design). Harga setiap abaya adalah disertakan dengan tudung yang matching dengan design abaya. Mereka yang berminat, boleh mendapatkan koleksi tersebut di facebook.com/SuhailaAbaya atau instagram.com/SuhailaAbaya selagi stok masih ada.

Dalam pada itu, selain memperagakan abaya terkini, Suhaila Abaya yang merupakan satu perniagaan atas talian turut menjemput beberapa selebriti, Faralyn Idris dan Catriona Ross serta pengasas Sheikhahub, Datin Norzihan Ahmad untuk berkongsi kisah tentang diri dan kesukaan mereka terhadap abaya masing-masing.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");