Berita Hari Ini

Agong berkenan serah watikah

AGONG1

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada 13 anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan tiga anggota Majlis Agama Islam Melaka (Maim) di Istana Negara di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang merangkap Setiausaha MAINPP Datuk Sazali Hussein.

Mendahului senarai penerima MAINPP ialah Yang Dipertua MAINPP Datuk Mohd Salleh Man diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus, Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Datuk Faiza Zulkifli dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Mokhtar Mohd Jait.

Turut menerima watikah pelantikan itu ialah Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Hanafi, Hakim Mahkamah Rayuan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Yusof Musa dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz@Aziz Che Yacob.

Enam lagi anggota MAINPP ialah Dr Danial Zainal Abidin, Rosidi Hussain, Zainudin Haniff, Norhayati Jaafar, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengetuai penerima watikah Maim diikuti Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Zainal Hussin dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Datuk Prof Dr Mizan Hitam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Maim Datuk Yaakub Md Amin, Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh, Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI), Tan Sri Panglima Dr Abd Rahman Arshad, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");