Perak Hari Ini

Ahli Majlis Dari MCA Kembali Sertai Mesyuarat Penuh MBI

datuk bandar ipoh

Komitmen Ahli Majlis dari MCA yang menghadiri semula Mesyuarat Bulanan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mendapat penghargaan dan sokongan daripada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Katanya, selama ini, mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat sepanjang tempoh penggantungan jawatan seperti yang diputuskan oleh MCA Pusat.

“Tahniah dan syabas kepada mereka yang sanggup memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Sebenarnya dalam tempoh penggantungan tempoh hari, mereka terus melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di Ipoh.

Turut hadir, Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md Ariff; Pengarah Perancang Bandar, Zul Qarnain Mohamad dan Pemangku Pengarah Landskap dan Rekreasi Bandaraya, Meor Abdullah Zaidi Meor Razali.

Tambah beliau, Ahli Majlis dari MCA juga tetap menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang diadakan oleh MBI.

“Mereka tidak pernah meletak jawatan malah saya sendiri tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan daripada mereka.

“Secara peribadinya, semua Ahli Majlis dari MCA menyatakan hasrat untuk meneruskan khidmat mereka selagi diperlukan,” ujarnya.

Roshidi juga menjelaskan ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat bulanan sebelum ini tidak menjejaskan tugas mereka.

“Difahamkan, mereka telah menghadiri mesyuarat agung tergempar baru-baru ini dan kini telah dibenarkan untuk memegang jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");