Berita Hari Ini

Aidiladha disambut sederhana di New York

Gambar Hiasan

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

NEW YORK – Umat Islam Malaysia yang berada di kota raya terkemuka ini menyambut Aidiladha secara sederhana pada Selasa.

Sambutan itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha yang disertai kira-kira 100 orang di dewan Pejabat Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) di sini.

Kemudian, khutbah bertajuk `Idul Adha: Lambang Perpaduan Hakiki’ disampaikan oleh Pesuruhjaya Perdagangan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia (Matrade) Mohd Shahrulmiza Zakaria, yang sebelum itu mengimamkan solat sunat Aidiladha.

Turut hadir Timbalan Wakil Tetap Malaysia di PBB Raja Reza Raja Zaib Shah dan isteri Roslina Ismail.

Sambutan itu tidak disertai Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Hanif kerana beliau bersama jutaan muslimin dan muslimat yang lain sedang mengerjakan
ibadah haji di tanah suci.

Jemaah yang lengkap berbaju Melayu dan berbaju kurung kemudian dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh anggota Persatuan Wanita Wakil Kementerian Luar (Perwakilan New York).

Sambil menikmati nasi minyak, dalca, rendang ayam, ketupat daun palas dan lemang, mereka mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim.

Pejabat PBB yang terletak di kawasan 1st Avenue, yang lazimnya sibuk dengan persidangan agung badan dunia itu, lengang berikutan sambutan Aidiladha, yang
merupakan antara cuti umum yang tersenarai dalam kalendarnya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");