Berita Hari Ini

AirAsia lancar khidmat penandaan bagasi

AIR ASIA

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad melancarkan perkhidmatan penandaan bagasi layan diri pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perkhidmatan itu akan memudahkan dan menjimatkan masa penumpang kerana tidak perlu beratur panjang.

Katanya, ujian September lalu menunjukkan ia mampu kurangkan tempoh beratur di kaunter daftar masuk bagasi.

“Kios penandaan bagasi itu hanya terdapat di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) Sepang yang terletak berdekatan kios daftar masuk dan boleh digunakan bagi semua penerbangan Airasia dan AirAsia X.

“Kami merancang untuk menyediakan perkhidmatan ini di lapangan terbang lain tidak lama lagi,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan itu dan Buku ‘Life In The Skies Everything You Want To Know About Flying’ yang ditulis oleh pengajar simulator penerbangan, Kapten
Lom Khoy Hing di LCCT, Sepang.

Tony berkata, penumpang boleh melakukan penandaan bagasi layan diri satu jam sebelum masa perlepasan.

Mengenai kesediaan untuk untuk berpindah ke KLIA 2, Tony berkata, ia bersedia untuk berpindah ke sana apabila ia beroperasi kelak.

KLIA2 kini 94 peratus siap dan dijadualkan dibuka pada 2 Mei 2014.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");