Membawang Hari Ini

Alahai Ida…

ida nerina

Baru-baru ini, kecoh dalam kalangan media berbahasa Melayu apabila pelakon dan pengarah, Ida Nerina, dengan lantangnya mengecam mereka di laman sosial Facebook (FB) miliknya. Dia menyifatkan kebanyakan media Melayu sebagai tidak mempunyai rasa hormat dan kolot.

Kemarahan itu timbul selepas pelakon itu dipercayai tidak berpuas hati dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam ruangan hiburan sebuah portal. Selepas disiasat, rupa-rupanya pelakon Layar Lara itu bengang apabila ada pihak menulis yang dia kini berkerusi roda.
Cik Normah dapat tahu, perkara itu memang menjadi pantang kepadanya, atas alasan tidak mahu orang bersimpati dengannya.

Malah, dia juga melarang sekeras-kerasnya jurugambar daripada merakamkan gambarnya dalam keadaan sedemikian.

Stesen TV siar tak marah pula Bukan main marah lagi Ida hanya kerana tulisan berkenaan, walaupun tanpa sebarang gambar disiarkan.

Sekarang ini Cik Normah nak tanya Ida, apakah tindakannya apabila ada program televisyen menyiarkan gambarnya dalam keadaan sebegitu? Cik Normah berkata demikian kerana teman Cik Normah terlihat sebuah program hiburan di stesen televisyen terbabit menyiarkan gambar penuh pelakon itu di atas kerusi roda pada sebuah majlis, barubaru ini.

Teman Cik Normah yang kepoh itu pun tinjau-tinjau juga laman FB si aktres berkenaan, tetapi tak nampak pula dia meroyan dek penyiaran visual berkenaan.
Tetapi, kalau dia nampak pun, beranikah dia nak marah? Sah-sah stesen TV terbabit menayangkan produk arahannya.

Mengenai luahannya yang enggan lagi bekerjasama dengan media Melayu, Cik Normah dan rakan seperjuangan menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Mungkin dia rasa media Melayu ini membebankan, menyebabkan dia tidak berminat untuk ditemu bual selepas ini.

Apa pun Cik Normah anggap itu semua ibarat pepatah, pinggan tak retak, nasi tak dingin. Artis sekarang pun makin ramai dan semuanya menagihkan publisiti hingga tak menang tangan kami dibuatnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");