Berita Hari Ini

Angka korban gempa Filipina meningkat

image (2)

CEBU – FILIPINA. Lebih 100 disahkan mati dan puluhan cedera akibat gempa bumi melanda bahagian tengah Filipina, semalam.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gemba kuat dengan magnitud 7.2 itu berpusat kira-kira 619 kilometer di tenggara Manila, berkedalaman 20 kilometer.

Menurut jurucakap pejabat pertahanan awam, ratusan mangsa cedera akibat puluhan bangunan dan rumah runtuh manakala jalan raya di Pulau Bohol dan Pulau Cebu retak teruk.

“Tugu peringatan dan premis hotel juga rosak serta ratusan pelancong dipindahkan ke kawasan selamat,” katanya dipetik AP.

Sementara itu, Komander Tentera Wilayah, Leftenan Jeneral Roy Deveraturda berkata, lebih 100 penduduk maut di Bohol manakala sembilan yang lain dijumpai terkorban di wilayah Cebu dan pulau berdekatan.

Ketika ini, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan bagi mencari mayat mangsa yang terbabit dalam runtuhan bangunan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");