Perak Hari Ini

Anjing Liar Ganggu Ketenteraman Awam

anjing1

Masalah anjing liar yang berkeliaran di sekitar pusat jualan limau bali di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Ipoh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang ramai dan pelancong yang mahu membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

Anjing-anjing yang berkeliaran itu dibimbangi akan memberi risiko kesihatan kepada penduduk, kata salah seorang pengunjung gerai makanan di situ, Sarimah Ismail.

Katanya, pihak berwajib perlu menangkap anjing-anjing liar itu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Walaupun buat masa sekarang tiada lagi kes melibatkan serangan anjing, namun perkara ini perlu diambil serius sebelum sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya kepada Peraktoday.com.

Jelas Sarimah, sebelum ini, kawasan berkenaan tidak pernah menjadi lokasi tumpuan anjing liar berkeliaran.

anjing
Beliau yang sering mengunjungi gerai tersebut berkata, hampir setiap hari kelibat beberapa anjing kelihatan berkeliaran di situ dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tidur mereka.

“Orang awam termasuklah para pelancong yang ingin mengunjungi pusat jualan limau bali itu sudah pasti berasa tidak selesa kerana bimbang dengan ancaman haiwan itu,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pelancong yang enggan dikenali, berkata pihak berwajib perlu memandang serius masalah itu kerana lokasi terbabit sering menjadi tumpuan ramai terutamanya di hujung minggu dan cuti persekolahan.

Tambahnya, selain menangkap anjing liar yang berkeliaran, tahap kebersihan di kawasan itu juga perlu ditingkatkan lagi di masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");