Laporan Eksklusif

Ayah, Ibu Tunai Permintaan Remaja Tiga Beradik Tunai Ibadah Haji Bersama

PERAKTODAY30

Hasrat pasangan jemaah haji, Hashim Bachek dan isterinya, Rosnah Salleh untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama tiga anak lelaki mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT, tahun ini.

Yang pastinya, Muhammad Fakhrullah, 21; Muhammad Muzakkir, 19; dan Amirul Hasan, 16, cukup bertuah kerana berpeluang menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapa pada usia yang masih muda.

Tidak ketinggalan, kedua-dua mertua Hashim turut menjadi tetamu Allah bagi musim 1434H.

Bercakap kepada pemberita, Hashim yang berasal dari Puchong, berkata segalanya bermula apabila Muzakkir mengajukan soalan mengapa beliau dan isterinya mahu menunaikan haji tanpa membawa bersama anak-anak.

“Muzakkir bertanyakan soalan kenapa saya nak pergi haji tak bawa anak-anak semua.

“Insiden ini berlaku pada tahun 2006 sewaktu saya dan isteri hendak berangkat menunaikan haji pada musim tersebut,” katanya lagi.

Selepas mendengar pertanyaan Muzakkir, timbul perasan sebak di hati pasangan suami-isteri itu yang kemudiannya berazam untuk membawa ketiga-tiga anak mereka menunaikan ibadah haji bersama-sama pada suatu hari nanti.

Sementara itu, ketiga-tiga anak pasangan itu memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat menunaikan ibadah haji bersama-sama ibu bapa mereka.

Begitulah besar dan hebatnya zat Allah SWT untuk menjemput tetamu agungnya ke Tanah Suci.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");