Perak Hari Ini

Azizah, Sabariah Kekal Jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut

PERAK TODAY 2

Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut sekali lagi diberi mandat menerajui jawatan tersebut apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan parti yang berlangsung, hari ini.

Kedua-dua mereka, Dr Azizah Johor serta Sabariah Zakaria, yang masing-masing merupakan penyandang jawatan itu yakin akan dapat terus menyumbang ke arah memperkukuhkan  Wanita UMNO untuk menjadi lebih perkasa serta telus.

Kemenangan mereka juga dianggap sebagai suatu gandingan yang mantap kerana sentiasa dipuji para perwakilan manakala bagi jawatan Ketua Puteri pula, Rafidah Mat Syafie juga menang tanpa bertanding.

Mesyuarat perwakilan serta proses pemilihan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak hari ini di semua 24 bahagian UMNO di seluruh Perak .

Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 232 perwakilan Wanita UMNO Lumut hadir diberi hak untuk memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian.

Ketika pengundian dijalankan, setiap perwakilan diberi dua set kertas undi untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa di peringkat bahagian yang terdiri daripada 30 orang calon.

Berbeza dengan mesyuarat perwakilan bagi sayap Pemuda yang terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada proses pemilihan pemimpin di peringkat bahagian apabila tiada calon yang menang tanpa bertanding.

Bagi pergerakan Pemuda UMNO bahagian Lumut, dua orang dicalonkan bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian, tiga orang bagi Naib Ketua Bahagian dan 26 orang bertanding bagi merebut jawatan ahli jawatankuasa bahagian.

Manakala, enam orang dicalonkan bagi jawatan perwakilan G2 bahagian Lumut.

Keputusan keseluruhan bahagian Lumut bagi ketiga-tiga sayap tersebut dijangka akan diketahui pada lewat petang nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");