Isu Panas

Azmin: Teguran Anwar terhadap Khalid serius

KHALID SINAR

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan teguran yang diberikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pentadbiran negeri Selangor adalah serius.

Menurutnya, pentadbiran negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) perlu berlapang dada menerima teguran tersebut untuk membangunkan rakyat negeri itu.

Tambahnya, rakyat telah memberi harapan kepada pemimpin yang dipilih supaya hak mereka dibela.

“Itu sebenarnya teguran serius.

“Teguran ini harus diterima, ia bukan untuk meruntuhkan tetapi membangunan kerajaan Selangor.

“Harapan rakyat tinggi, dengan harapan terhadap kerajaan yang diangkat mereka pada PRU13,” katanya pada Sinar Harian Online, di Rumah Terbuka Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");