Sukan Hari Ini

Azraai, Pafa ‘bercerai’

azrai

BEKAS pengendali pasukan Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah mengesahkan khidmatnya pada musim hadapan bersama skuad Seladang telah berakhir setelah pertemuan yang diadakan semalam bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairul Azwan Harun, bersetuju secara bersama menamatkan kontraknya.

“Baru sahaja tadi (semalam) saya mengadakan pertemuan bersama pengurusan Pafa. Kedua-dua pihak bersetuju secara ‘neutral’ untuk menamatkan kontrak saya bersama pasukan Perak.

“Tidak ada istilah saya meletak jawatan ataupun saya disingkirkan, tetapi ianya hasil dari perbincangan dan persetujuan bersama. Saya bersyukur segala-galanya berjalan dengan baik dan harmoni tanpa ada sebarang masalah,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");