Perak Hari Ini

Baiki Segera Jalan Rosak, Berlubang: Penduduk Kampung Parit Satu

Jalan-Berlubang-MDHS-0501

Penduduk Kampung Parit Satu, Simpang Empat dekat Semanggol meminta pihak bertanggungjawab agar membaiki segera kerosakan Jalan Gula-Selinsing sejauh 2.5 km bagi mengelak kejadian yang tidak diingini menimpa pengguna lalu lintas.

Salah seorang penduduknya, Nordin Shaafie, berkata masalah jalan yang rosak dan berlubang itu dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang kebanyakannya terdiri penduduk kampung jika tidak dibaiki dengan secepat mungkin.

“Terdapat lubang yang panjang dan dalam di beberapa lokasi Jalan Gula-Selinsing yang berukuran sejauh 2.5 km itu, sekaligus boleh mengancam keselamatan nyawa dan kenderaan pengguna lalu lintas.

“Jalan tersebut juga digunakan oleh pelajar yang menuntut di SMK Mudzaffar Shah, dekat Simpang Empat Semanggol.

“Antara lokasi kerosakan yang dikenalpasti ialah jalan keluar dari Parit Satu menuju ke sekolah terbabit,” katanya kepada Peraktoday.com.

Menurut Nordin lagi, jika masalah itu tidak mendapat perhatian sewajarnya, risiko kemalangan yang mungkin boleh mendatangkan kecederaan dan kematian terhadap pengguna amat tinggi sekali.

“Saya mohon perhatian dan tindakan segera daripada pihak berwajib dan jika jalan yang rosak tidak dibaiki, risiko kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan dan mengancam nyawa pengguna adalah sangat tinggi,” tegas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");