Berita Hari Ini

Bajet 2014 beri PKS rangsangan baru

BudgetDay20145

KUALA LUMPUR – Bajet 2014 akan memberikan dorongan baharu, membangunkan kapasiti, mencipta kelebihan perniagaan dan mencapai daya saing global kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata ketua pegawai eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Beliau juga memuji tumpuan berterusan belanjawan itu kepada PKS dan pembangunan perusahaan.

Secara keseluruhannya terdapat 13 program tertentu untuk pembangunan PKS dengan pembiayaan berjumlah RM2.6 bilion termasuk dana dari sektor swasta seperti sistem perbankan,” katanya kepada Bernama.

Program itu yang merangkumi satu spektrum penerima manfaat yang luas dan bertujuan menggalakkan firma inovatif, meningkatkan pembentukan perniagaan, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dan menyeluruh, kata beliau.

“Ini akan menyumbang ke arah mencapai sasaran Pelan Induk PKS dan meningkatkan sumbangan PKS kepada 41 peratus keluaran dalam negara kasar menjelang 2020,” kata Hafsah.

Insentif di bawah Dasar Hijau telah dilanjutkan sehingga 2017 dengan langkah yang perlu diambil untuk memastikan PKS tidak akan terjejas oleh perubahan dasar di bawah Model Ekonomi Baru, katanya, merujuk kepada dasar gaji minimum yang diperkenalkan pada 2013 dan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");