Perak Hari Ini

Bajet Khas Untuk Projek Pelihara Terumbu Karang

zambry-idr-322x215

Kerajaan Perak bercadang untuk menyediakan bajet khas sebagai tambahan kepada peruntukan yang bakal diterima daripada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek pemuliharaan terumbu karang di sekitar Pulau Pangkor.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan Perak merupakan antara negeri di Malaysia yang mendapat perhatian khusus daripada kerajaan Persekutuan bagi menjayakan projek tersebut.

“Kerajaan negeri sedang menilai aspek yang perlu diberi perhatian antaranya menyediakan bajet khas bagi menjayakan projek ini yang turut mendapat pembiayaan daripada kerajaan Persekutuan.

“Projek ini akan membabitkan tiga pulau iaitu Pulau Sembilan, Pulau Pangkor dan Pulau Jarak yang mana Perak terlibat secara langsung, sekaligus mendapat perhatian sepenuhnya daripada kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan beberapa projek melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Jabatan Perikanan negeri untuk menghasilkan terumbu karang tiruan.

Di samping itu, ujar Zambry lagi, kerajaan negeri mendapat bantuan daripada syarikat Vale yang bersetuju untuk membantu memelihara serta memulihara alam sekitar serta terumbu karang di kawasan berdekatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");