Berita Hari Ini

Banjir: Tujuh pusat pemindahan dibuka

rusnah

IPOH – Tujuh pusat pemindahan dibuka di negeri ini, selepas dua daerah ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim ketika dihubungi memberitahu sehingga jam 5.15 petang semalam, seramai 811 mangsa yang dilaporkan terlibat dalam banjir di Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS).

Menurutnya, berikutan itu, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Pantai Remis bagi menempatkan 148 keluarga manakala tujuh keluarga (28 mangsa) ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis.

Di LMS, lima pusat pemindahan dibuka kepada 72 keluarga melibatkan 253 mangsa manakala tiga lagi pusat pemindahan sudah ditutup.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan banjir bermula jam 8 malam melibatkan beberapa lokasi.

Menurutnya, tujuh keluarga dari Kampung Changkat Larah dan lima lagi keluarga dari Kampung Sungai Relong.

“Kesemua mereka dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Kampung Sungai Relong,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba turut membuat pemantauan ke beberapa lagi kawasan iaitu Kampung Ulu Sepetang.

“Namun tiada mangsa dipindahkan dari kawasan terbabit.

“Selain itu, di kawasan Simpang Halt pula air sungai melimpah namun masih terkawal dan tidak ada mangsa yang dipindahkan,” katanya.

Menurutnya, hujan muda reda kira-kira jam 12 tengah malam dan paras air di beberapa sungai utama sekitar Kamunting semakin menurun.

Sementara itu, Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, bantuan makanan disalurkan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Malah kit turut mendapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Bina Upaya (YBU),” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Zahir berkata, pihaknya juga akan turut membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");