Membawang Hari Ini

Belum rezeki saya

saida

MENERIMA panggilan untuk menunaikan haji pastinya sesuatu yang amat menggembirakan hati. Apatah lagi apabila berpeluang menunaikannya pada usia muda.

Namun berbeza buat penyanyi, Siti Norsaida Tarudin apabila jangkaan pemergiannya ke Tanah Suci pada tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di Arab Saudi.

Jelas wanita berusia 38 tahun yang mesra dengan panggilan Saida itu, pada bulan Ramadan lalu dia mendapat tawaran mengerjakan haji dan hatinya sudah berbunga pada waktu itu.

?Namun, sangat menyedihkan apabila nama saya digugurkan. Maknanya saya tidak dapat menyertai jemaah haji tahun ini gara-gara masalah mahram. Ini kerana saya tidak ditemani oleh mahram selain daripada masih berusia agak muda berbanding pemohon-pemohon lain.

?Kebetulan adik-beradik lelaki saya yang lain sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu. Jadi mereka tidak dapat membuat permohonan baharu untuk menemani saya,” katanya yang sudah melancarkan single terbarunya berjudul Cinta Kayangan.

Saida terpaksa menangguhkan pemergiannya kerana tidak mendapat surat kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi disebabkan tiada mahram yang akan menemaninya.

Tambah kakak kepada penyanyi nombor satu negara itu lagi, dia reda dengan perkara yang berlaku sungguhpun semua persiapan dan kursus menunaikan haji sudah dilaluinya sebelum mendapat tahu berhubung penangguhan tersebut.

?Tidak dinafikan perasaan sedih itu ada. Namun saya yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Penangguhan ini juga memberi saya lebih masa untuk menambah lagi persediaan sebelum menjejak kaki ke sana.

?Buat waktu ini, saya akan terus membuat permohonan untuk menunaikan haji tahun hadapan. Namun saya masih perlu mendapatkan seorang mahram untuk menemani pemergian saya nanti,” jelasnya.

Menurutnya, perancangan untuk Aidiladha tahun ini sudah sedikit berubah kerana pada awalnya dia menyangka bakal menunaikan haji dan sudah menyimpan cita-cita untuk melaksanakan ibadah korban di Mekah.

?Pada asalnya saya jangka akan menunaikan haji. Jadi sudah merancang untuk melaksanakan ibadah korban di sana tetapi apabila sudah tertangguh, saya cuma beraya di Kuala Lumpur.

?Selain saya dan anak-anak, adik beradik yang lain juga ramai berada di sini dan cuti pula tidak terlalu panjang,” katanya yang bergelar ibu tunggal sejak 2011.

Tatkala disoal berhubung perihal rumah tangga, Saida dengan jujur mengatakan buat waktu ini dia masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga kerana mahu memberi fokus kepada anak-anak selain soal karier.

?Tipulah jika dikatakan tidak berhasrat untuk kembali bergelar isteri. Tetapi dalam waktu terdekat ini tidak rasanya kerana saya cukup bahagia dengan kehidupan yang dilalui kini,” ujarnya.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");