Berita Hari Ini

Boeing, Korean air muktamadkan tempahan

BOING

SINGAPURA – Boeing dan Korean Air telah memuktamadkan pesanan selama lima pesawat 747-8 InterContinentals dan enam 777-300ER (Extended Range), yang merupakan komitmen yang diumumkan pada Pameran Udara Paris Jun lepas.

Selain itu, Korean Air juga mengumumkan tempahan tambahan sebuah 787 Dreamliner, katanya dalam satu kenyataan dari Seattle, Amerika Syarikat.

Nilai pesanan membabitkan US$3.9 bilion berdasarkan harga semasa.

Menerusi tempahan ini, syarikat penerbangan Korea itu menambah masing-masing 10 pesawat jet 747-8 InterContinentals dan 777-300ER.

Tempahan itu juga meningkatkan tunggakan untuk pesawat 787 Korean Air kepada 11.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Plane, Ray Conner berkata, syarikat itu berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan Korean Air bagi menyediakan mereka dengan pesawat dua lorong paling efektif dalam pasaran.

“Menerusi 90 pesawat penumpang Boeing dalam kumpulan jet Korean Air dan akan ditambah, kami bangga pesawat dua lorong kami akan terus berkhidmat sebagai tulang belakang operasi jarak jauh,” katanya.

Korean Air kini merupakan syarikat penerbangan dunia tunggal yang menempah kedua-dua variasi jet penumpang dan kargo 747-8.

Syarikat penerbangan itu juga menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang secara mengendalikan kedua-dua 747-8 dan 777 Freighter

Kumpulan pesawat Korean Air terdiri daripada 90 pesawat penumpang Boeing
737, 747 dan 777.

Syarikat penerbangan itu juga mengendalikan kumpulan pesawat kargo Boeing
747-400 27, 747-8 dan 777 Freighters .

Korean Air yang memiliki 155 pesawat merupakan antara 20 syarikat penerbangan terbaik di dunia dan mengurus operasi lebih 400 penerbangan sehari ke 126 bandar di 45 negara.

Ia adalah anggota pengasas perikatan SkyTeam, yang bersama-sama 19 anggota lain, menawarkan sejumlah 552 juta penumpangnya setahun kepada sistem yang meliputi lebih 15,000 penerbangan harian yang meliputi 993 destinasi di 187 negara.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");