Sukan Hari Ini

Bonus RM150,000 jika mara ke final

amusa

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjanjikan ganjaran bonus RM150,000 kepada pemain-pemain The Red Warriors (TRW) jika pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebelum ini, Kafa sudah memberikan beberapa bonus termasuk RM100,000 kepada TRW ketika memenangi perlawanan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT), selain RM100,000 semasa menang Piala Presiden.

“Bagi perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Selayang, kita menjanjikan ganjaran tidak kurang RM150,000 bonus untuk mara ke perlawanan akhir.

“Pada perlawanan tersebut, semua pemain dijangka boleh beraksi kerana tiada yang cedera kecuali Daudsu terpaksa membuat ujian pengimbasan selepas mengalami kecederaan lutut dan bergantung apabila dia pulih, cuma kita harap dia (Daudsu) bersedia untuk perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Jumaat depan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Program Korban Red Warriors di Bukit Marak, Kelantan, semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 12 lembu dikorbankan dan diagihkan kepada 230 golongan miskin serta persatuan orang kelainan upaya (OKU) di sekitar Kampung Bukit Marak.

Anuar berkata, bagi pemilihan kesebelasan utama perlawanan separuh akhir pertama nanti, beliau memberi kepercayaan kepada jurulatih pasukan TRW, Bojan Hodak menentukannya.

Beliau berharap perlawanan malam esok berlangsung dalam keadaan terkawal dan pemain tidak hilang fokus kerana TRW perlu menang untuk ke perlawanan akhir.

Ditanya mengenai pasukan ATM, beliau mengakui pasukan tersebut mempunyai prestasi baik, namun yakin pemain TRW mempunyai kekuatan mental dan semangat berpasukan yang mantap.

“Mereka mampu mengalahkan ATM jika mengekalkan momentum permainan berdasarkan prestasi menentang Johor DT baru-baru ini,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");