Perak Hari Ini

Calon Exco Dari MCA: DS Zambry Akan Rujuk PM

zambry-pc-lagi2-322x215

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu kerajaan negeri akan merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan persetujuan berhubung pelantikan wakil MCA bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Katanya, nama calon tersebut akan dipersembahkan kepada Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah untuk mendapat perkenan baginda selepas perkara itu dipersetujui oleh Najib.

“Kita perlu mengadakan perbincangan dan merujuk perkara ini kepada Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan nama calon yang terpilih itu akan dipersembahkan kepada Pemangku Raja Perak untuk mendapat perkenan baginda,” jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, kelmarin.

Tambahnya, beliau menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang meluluskan resolusi membenarkan mereka menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, pada Ahad lalu, EGM MCA telah meluluskan dua resolusi yang membenarkan ahlinya menerima pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan.

Menurut Pengerusi EGM, Datuk Yip Phooi Hong, pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, exco, ahli majlis, ketua masyarakat atau sebarang jawatan bersesuaian juga boleh diterima ahli parti berkenaan.

Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon kemungkinan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baru sekiranya persetujuan dicapai serta mendapat perkenan Raja Nazrin.

Isu pelantikan ini timbul berikutan dua exco kerajaan negeri yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dr Muhammad Amin Zakaria masing-masing telah tewas semasa bertanding bagi pemilihan UMNO lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");