Umum mengetahui selepas PRU-13, juak-juak PKR, DAP dan Pas mencanang berita mengatakan mereka menang undi popular tetapi oleh kerana penipuan yang dilakukan BN, maka mereka tidak boleh membentuk kerajaan.
Kita semua masih ingat lagi bagaimana bangsa Cina berduyun-duyun ke Stadium Kelana Jaya pada malam 8 Mac 2013 kononnya membantah kemenangan BN. Ya lah, mana tak bengang. Mereka dah all out sampai kerah habis ahli-ahli keluarga yang tinggal di luar negara supaya balik mengundi untuk menumbangkan BN.
Tup-tup kuasa Melayu lebih kuat lagi. Walaupun BN menang 47.26 peratus sahaja undi popular tetapi BN masih mampu menang 59.91 peratus (133) kerusi yang ditandingi.
Zaman sekarang apabila bercakap pasal bangsa Cina tidak sah jika tidak dikaitkan dengan DAP. Sekarang bagi mereka DAPlah parti yang suci, paling baik dan paling bagus. Padahal DAPlah parti yang paling celaka. Parti chauvinis yang membuatkan Cina pandang Melayu lain macam dan Melayu pandang Cina semacam.
Bercakap bab undi popular.
Tiga hari lepas DAP mengadakan semula pemilihan parti mereka untuk memilih Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang baru bagi menggantikan CEC yang dipilih tahun 2012 kerana ianya tidak sah.
Dalam pemilihan tiga hari lepas ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong memenangi tempat pertama dengan bilangan undi yang diterimanya 1,438.
Pada pemilihan tahun 2012, dia hanya mendapat 984 undi dan berada pada tempat ke 15. Bilangan undi yang diterimanya tiga hari lepas meningkat hampir 50 peratus.
Manakala Lim Guan Eng pula, dalam pemilihan tahun 2012 dia mendapat 1,576 undi dan berada pada tempat kedua. Dalam pemilihan baru tiga hari lepas, Lim Guan Eng mendapat 1,304 undi dan jatuh ke tempat kelima.
Kurang 272 undi atau hampir 20 peratus daripada undi yang diterimanya pada tahun 2012. Fakta yang paling menarik, daripada 20 orang CEC yang terpilih, Lim Guan Eng adalah satu-satunya calon yang mengalami kemerosotan undi yang paling tinggi.
Dalam DAP jawatan yang paling berkuasa adalah jawatan Setiausaha Agung. Pengerusi tidak ada apa-apa kuasa sangat. Lebih kepada lambang sahaja. Samalah dengan konsep yang digunapakai oleh Parti Komunis Malaya.
Sepatutnya calon yang paling popular, Liew Chin Tong selaku penerima undi yang terbanyak dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baru. Malangnya itu tidak berlaku. Orang yang menerima pengurangan undi paling tinggi, Lim Guan Eng sekali lagi dilantik sebagai Setiausaha Agung. Lagi DAP mau cakap pasal undi popular ke?
Apa yang terjadi kini mengesahkan dakwaan-dakwaan sebelum ini bahawa parti DAP adalah parti Lim Families Sdn Bhd.
Sejak 45 tahun lepas (1968-2013) jawatan Setiausaha Agung hanya dipegang oleh Lim Kit Siang dan anaknya. Tahun 1968-2004 oleh Kit Siang. Tahun 2004-2013 oleh Lim Guan Eng.
Pergi jalanlah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, lu orang tak payah lagi nak bercakap pasal demokrasi atau pasal undi popular. Diri sendiri pun tak betul.
-RBF Online