Berita Hari Ini

Chatime sasar 127 cawangan tahun ini

CHATIME

LOOB Holdings Sdn Bhd menerusi jenama minuman berasaskan teh dari Taiwan, Chatime, menyasarkan untuk membuka 127 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Chatime Bryan Loo berkata, selepas tiga tahun beroperasi, Chatime kini mempunyai 106 cawangan. Tahun ini, Chatime memberi tumpuan untuk membuka cawangan di tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Cawangan di Perlis dijangka dibuka dalam tempoh terdekat. Manakala, bagi Kelantan dan Terengganu, kami masih mencari rakan kongsi yang berpotensi untuk memulakan operasi di sana kelak.” katanya selepas majlis pelancaran Sambutan Wechatime 1 Juta Cawan di Kota Damansara, kelmarin.

Menurut Loo, Chatime juga berhasrat membuka cawangan di stesen minyak Petronas dan Shell bermula tahun depan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");