Jenayah

Cubaan seludup 7.1kg ‘Ice’ gagal

gari 1

SINGAPURA – Dalam operasi bersama pada Jumaat, Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Pintu Masuk (ICA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 7.1kg dadah ‘Ice’ di Lapangan Terbang Changi.

Ini merupakan rampasan terbesar ‘Ice’ bagi 2013. Nilai pasaran dadah itu dianggarkan S$1.4 juta.

Pada kira-kira 8.30 malam Jumaat, pegawai CNB memeriksa seorang wanita dari Afrika Selatan di balai ketibaan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Dengan bantuan pegawai ICA, bagasi wanita itu diperiksa menerusi sinaran X dan menemui dua bungkusan di dalam sebuah beg kecil dalam bagasi wanita itu dipercayai ‘Ice’, menurut pihak berkuasa berkenaan dalam kenyataan hari ini.

Wanita berumur 43 tahun itu telah ditahan. Siasatan sedang dijalankan dan jika disabit kesalahan, wanita itu berdepan hukuman mati.

“Kami memberi amaran kepada sindiket bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti dadah dan tidak akan membenarkan mana-mana individu atau sindiket menjadikan Singapura sebagai hab transit bagi kegiatan penyeludupan dadah,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");