Sukan Hari Ini

David Beckham Labur AS$25 Juta Bentuk Kelab Baru Di Liga Utama Amerika

davidd beckh

BEKAS kapten pasukan England, David Beckham telah memutuskan untuk melabur AS$25 juta untuk membentuk kelabnya sendiri dalam Liga Utama Amerika.

Pasukan barunya nanti akan berpusat di bandar Miami di Florida.

Beckham telah pun bersara sebagai pemain sebaik sahaja tamat musim lalu setelah lima bulan bermain untuk juara Perancis, Paris Saint-Germain.

Sebelum itu Beckham bermain selama lima musim untuk juara Amerika, Los Angeles Galaxy.

Menurut laporan The Mail Online, rakan pelabur Beckham untuk kelab barunya nanti ialah penerbit dan pencipta rancangan realiti ‘American Idol’ Simon Fuller.

Keputusan Beckham itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif Liga Utama Amerika, Dan Courtemanche.

Buat masa ini terdapat 19 pasukan yang bertanding dalam Liga Utama Amerika yang merangkumi kelab-kelab dari Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Jumlah pasukan ini akan bertambah kepada 24 kelab menjelang musim 2020. Pasukan terbaru iaitu yang ke-20 yang akan mengambil bahagian dalam liga tersebut pada tahun 2015 ialah New York City FC.

Kelab ini adalah hasil kerjasama di antara Manchester City dan the New York Yankees.

Kedua-duanya berkongsi AS$100 juta untuk melancarkan kelab terbaru itu.

Sementara itu kelab baru yang diterajui oleh Beckham dan rakan kongsinya itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");