Berita Hari Ini

DBKL sedia peruntukan selenggara rumah awam, PPR

senator-Datuk-Loga-Bala-642x471

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sejumlah RM80.69 juta tahun ini bagi tujuan penyelenggaraan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J Loga Bala Mohan berkata, daripada jumlah itu peruntukan untuk kerja awam adalah sebanyak RM32.03 juta, elektrik (RM24.96 juta), mekanikal (RM12.2 juta) dan membaiki lif (RM11.5 juta).

Bagi tujuan pembersihan di Bandaraya Kuala Lumpur pula, beliau berkata DBKL telah memperuntukkan sejumlah RM199.73 juta tahun ini berbanding RM195.1 juta tahun lepas.

Daripada jumlah itu, Dr J. Loga Bala berkata, sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembersihan dan pencucian siar kaki, jalan, longkang dan kutipan sampah.

Sejumlah RM35 juta diperuntukkan untuk kerja operasi dan penyelenggaraan komprehensif stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, RM28 juta diperuntukkan untuk yuran ‘tipping’ bagi pelupusan sisa pepejal di Bukit Tagar.

Selain itu, katanya sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan rumah sampah dan RM180 juta untuk menurunkan iklan-iklan haram.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang ingin tahu mengenai perbelanjaan yang diagihkan kepada DBKL untuk tujuan PA dan PPR serta peruntukan untuk tujuan kebersihan Bandaraya Kuala Lumpur.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");