Jenayah

Diperdaya ‘Haji Anuar’

jenayah

TEMERLOH – Seorang lelaki berusia sekitar 50an tergamak menipu pada pagi Aidiladha ketika umat Islam sibuk mengerjakan ibadah korban semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara membekalkan lembu subsidi kerajaan dengan harga murah.

Lelaki yang menggelar dirinya Haji Anuar itu menggunakan nama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Kadi Daerah Temerloh untuk menipu seorang ketua kampung di daerah ini dengan melarikan wang RM1,980 pada pagi raya.

Ketua Kampung yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau didatangi lelaki tersebut pagi semalam ketika beliau bersama kira-kira 100 penduduk kampung sedang melapah enam lembu di perkarangan surau.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri sebagai Haji Anuar, lelaki itu bersalaman dengan penduduk kampung dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari LTH.

“Dia cakap, Datuk Azeez (Pengerusi LTH) beri empat lembu korban kepada penduduk kampung kami dan lori membawa empat lembu itu dalam perjalanan, lebih kurang lima minit kemudian lelaki itu berlalu pergi.

“20 minit kemudian, saya terima SMS dari seorang individu yang mengaku dirinya kadi Temerloh, ‘kadi’ itu kemudian hubungi saya dan maklumkan pejabat agama Temerloh beli dua lembu lagi dari Haji Anuar dan akan diberikan kepada penduduk kampung,” katanya.

Bagaimanapun ketua kampung itu berkata, ‘kadi’ yang menghubunginya ada urusan kematian di Kuala Lumpur dan tidak sempat membayar duit lembu subsidi dua ekor sebanyak RM940.

Menurutnya, ‘kadi’ mahu beliau membayar dahulu kepada tuan lembu dan duit itu akan dibayar semula selepas urusan kematian selesai.

“Saya terus ke bandar dan masukkan RM940 ke akaun Syed Anuar, selang beberapa minit kemudian lelaki yang mengaku Haji Anuar tadi meminta bayaran tambahan sebanyak RM1,040 kerana dia tersilap kira.

“Saya sekali lagi masukkan jumlah yang dimahukan dan sampai ke petang lembu yang dijanjikan tidak sampai, selepas merasa tertipu saya membuat laporan polis dan menggesa siasatan dilakukan ke atas pemilik akaun dan Haji Anuar.

“Lelaki tersebut sanggup menipu pada pagi raya dan menjual nama beberapa individu untuk mendapatkan duit dengan cara mudah,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian yang mendapat maklumat berkenaan dimaklumkan beberapa individu lain di daerah ini pernah tertipu dengan lelaki tersebut dengan cara yang berlainan.

Lebih mengejutkan lelaki yang sama juga memperdaya beberapa individu dengan ‘menjual’ nama Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");