Jenayah

Dituduh miliki cek curi

cek curi

GEORGETOWN – Seorang pekerja kedai komputer mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan menyimpan harta curi berupa cek bernilai kira-kira RM231,143.

Lau Chee Chong, 35 didakwa melakukan kesemua kesalahan itu pada 16 Jun lalu di bilik bernombor 302 di sebuah rumah penginapan yang terletak di Jalan Macalister.

Tertuduh dituduh melakukan kesemua kesalahan itu antara jam 11.35 pagi hingga 2.30 petang.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, dia dituduh menyimpan harta curi dengan mengetahui atau ada sebab mempercayai sebagai harta curi sekeping cek milik M/S Gulam & Wong Advocates And Solicitors yang dilaporkan hilang pada 21 Jun lalu, bernilai RM42,318.80.

Dibawah pertuduhan pertama juga, dia memiliki cek bernilai RM7,769 milik Kilang Papan Ect Sdn Bhd yang dilaporkan hilang pada 12 Jun 2013 dan sekeping cek bernilai RM82,500 milik Yxin Sdn Bhd.

Bagi tiga pertuduhan kedua pula, Chee Chong yang berasal dari Melaka didakwa memiliki cek milik Yxin Sdn Bhd yang bertarikh 3 Jun 2013, bernilai RM95,000, sekeping cek milik Bina Kumari Dey bertarikh 22 April 2013 dan sekeping cek bernilai RM80 milik JMB Mines Heritage Residences Associations.

Untuk tiga pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mencuri sekeping cek bernilai RM2,160 milik Cerca Insights Sdn Bhd, sekeping cek milik Wong Mee Yong bernilai RM72 dan sekeping cek milik Nerve Centre Sdn Bhd bernilai RM 130.

Bagi pertuduhan keempat, dia dituduh mencuri sekeping cek milik Ken Dental Surgery bernilai RM1,000 yang dilaporkan hilang pada 12 Jun 2013.

Tertuduh yang diwakili peguam, Thevan Raman walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Roslina Idris di hadapan majistret, L Umma Devi,  semalam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");