Jenayah

Diugut RM5,000, elak gambar bogel disebar

jenayah

Raub: Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.

Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.

“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");