Perak Hari Ini

DS Zambry Terima Anugerah The Crane Summit Gold Medal Awards

zambry raye pangkorMenteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi rakyat pertama di negara ini menerima Anugerah The Crane Summit Gold Medal Awards sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) Ke-33 yang dirasmikan, malam Isnin lalu.

Pengiktirafan Akademi Kesenian dan Kebudayaan Dunia (WAAC) itu menjadikan beliau sebagai individu keempat yang menerima anugerah itu, sebaris dengan tiga bekas presiden terunggul dunia iaitu Presiden India, Dr Abdul Kalam (2006), bekas Presiden Slovakia, Dr Micheal Kovac (2008) dan bekas Presiden Republik Czech (2009).

Penganugerahan itu bukan atas dasar jawatan yang dipegang, sebaliknya menghargai kejayaan serta pencapaiannya sebagai penyair yang menghasilkan beberapa buah buku puisi termasuklah ‘Suara Pelaut’.

Walaupun berprofil sebagai seorang ahli politik, pemikiran Menteri Besar Perak itu tidak hanya terhad kepada satu bidang sahaja malah pembabitannya dalam dunia syair membuktikan Zambry juga mampu menandingi para penulis puisi terkemuka dunia lain.

Buktinya, penulisan jurnal politik beliau ‘Politics In Malaysia: A Changing Scenario’ pada 2000 juga mendapat tempat apabila menjadi rujukan di seluruh dunia.

Sepanjang tempoh 44 tahun ditubuhkan dan 33 tahun penganjuran WCP, hanya empat individu termasuk Zambry menerima anugerah tertinggi itu.

Selain itu, Zambry juga turut menerima Anugerah Dr Kesusateraan (Dr of Literature) bersama Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sarian; penulis, A Rahim Abdullah; Felo Penyelidik Kanan Institut Darul Ridzuan (IDR), Malim Ghozali dan kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Crane Summit Supreme Honor Crown Medallion Award merupakan anugerah sastera tertinggi diberi oleh WAAC kepada individu yang melibatkan diri dalam dunia puisi termasuklah menyertai WCP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");