Membawang Hari Ini

Dunia baru Mizz Nina

miss nina

Penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina, 33, dalam diam rupa-rupanya mengerjakan ibadat haji di Makkah awal Oktober lalu. Sebaik saja pulang dari Tanah Suci, Jumaat lalu, isteri vokalis Hujan, Noh Salleh, 29, ini mengejutkan pula peminat apabila memutuskan untuk bertudung.

Nina dan suami berserta keluarga berada di Tanah Suci selama kira-kira tiga minggu.

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi mengenai imej baru Nina mula diperkatakan apabila dia memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan hijab selepas pulang dari Makkah. Bagaimanapun penyanyi terbabit dikatakan belum bersedia untuk menemui media bagi berkongsi cerita penghijrahannya.

Mengulas lanjut perkara itu, Noh berkata, sebagai suami dia berbangga kerana keputusan yang dibuat Nina adalah atas kerelaannya sendiri, bukan atas paksaan sesiapa.

“Sebagai suami, saya menyokong apa saja keputusan isteri saya. Berhijab itu perkara yang baik, sudah tentu saya bangga dengan tindakannya,” ujar Noh ketika dihubungi HIP, petang semalam.

Minta suami buat lagu sesuai

Apabila penyanyi bertaraf antarabangsa itu mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dia mahu menyesuaikan diri dengan muzik yang diperjuangkannya? Tentunya tidak sesuai jika dia masih beraksi lincah di atas pentas dengan membawa imej berhijab.
Menjawab persoalan itu Noh berkata, isterinya akur dengan hakikat berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian, dia meminta dirinya sendiri untuk menghasilkan lagu yang bersesuaian dengan penampilannya sekarang.

“Memang dia ada meminta lagu daripada saya sebelum ini dan saya akan cuba menunaikan permintaannya,” kata Noh yang akan kembali bekerja seperti biasa dalam masa terdekat.

Pada masa sama, rata-rata peminat memuji penampilan baru penyanyi yang mula dikenali ketika bersama kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew, yang turut dianggotai Taufiq (Fiquetional), Abdul Rahman (Altimet) dan DJ Fuzz, sekitar 1998 itu.

Malah, ramai yang beranggapan penyanyi terbabit kelihatan lebih jelita apabila berhijab.

Pilihan penganjur artis antarabangsa

Sebelum ini, penyanyi yang kembali mencipta nama sekitar 2010 apabila muncul secara solo memang dikenali dengan persembahan agresif ketika di pentas, sesuai dengan konsep muzik diketengahkan.

Sejak itu, dia yang kini turut aktif mempromosikan jenama pakaiannya sendiri sering menjadi pilihan penganjur konsert penyanyi antarabangsa. Dia pernah bertindak sebagai artis pembuka tirai untuk konsert Justin Bieber, Bruno Mars dan Usher di Kuala Lumpur.

Sejak kembali memeriahkan dunia muzik kira-kira tiga tahun lalu, Nina yang sebelum itu turut berpengalaman sebagai penyampai radio mempunyai dua album studio iaitu What You Waiting For yang diterbitkan pada 2010, manakala Takeover pula menemui peminat pada pertengahan tahun lalu.

Di kalangan peminat, penyanyi yang mengetengahkan muzik hip hop, R&B, pop elektronik dan pop dansa ini dikenali dengan beberapa single seperti What You Waiting For (menampilkan Colby O’Donis), Takeover (menampilkan Flo Rida), With You, Rentak Yang Sama, Summer Burning dan Around the World (menampilkan Jay Park)

Bersama kumpulan Teh Tarik Crew pula, dia muncul bersama album Are We Rap Rap Stars Now? (1999), How’s The Level? (2002) dan What’s Next? (2004). Kumpulan berkenaan bagaimana dibubarkan pada 2007 apabila anggotanya membawa haluan secara solo.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");