Membawang Hari Ini

Erra Fazira Sedia Imbas Kisah Cinta Dengan Awie

a-Erra-Fazira

Pelakon Erra Fazira sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu penyanyi Awie bagi menjayakan Konsert Suara Kita yang turut melibatkan penyanyi Ziana Zain.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, konsert tersebut pasti menjadi detik bagi mengimbau kenangan lama percintaan bagi sesiapa sahaja yang melalui zaman tersebut.

“Pihak saya sudah berbincang dengan pihak Awie tentang projek tersebut dan Insya-Allah jika tiada halangan ia akan diadakan di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

“Bagi saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya secara profesional, ia pasti akan mengimbau kenangan lama bukan sahaja saya tetapi semua orang yang berada pada zaman tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya tentang perasaan untuk bekerjasama dengan penyanyi tersebut, Erra berkata secara dasarnya dia tidak menyimpan apa-apa lagi perasaan terhadap Awie.

“Masing-masing sudah ada kehidupan dan keluarga, bagi saya sudah tiada lagi ‘getaran’ apabila bertemu Awie.

“Cuma jika mengimbas kenangan lalu ketika menonton filem-filem kami bersama, saya hanya senyum dan menganggap ia sebagai peristiwa lalu,” katanya.

Erra berharap kolaborasi tersebut nanti berjaya membawa peminat-peminat mereka bertiga kembali semula ke zaman berkenaan pada era 1990-an.

“Saya difahamkan ia seperti muzikal termasuk ada sketsa daripada filem-filem lakonan kami bertiga seperti Sembilu dan Maria Mariana,” katanya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");