Perak Hari Ini

eZ e3@mbi Dan mobile(k)@mbi Inovasi Terbaru MBI

mbi mobile

Pencapaian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkul juara bagi dua anugerah inovasi baru-baru ini membuktikan kualiti perkhidmatan yang ditonjolkan pihak berkuasa tempatan itu (PBT) itu berada di kelasnya yang tersendiri.

Di sebalik pengiktirafan tersebut, pihak MBI kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim akan meneruskan usaha mempertingkatkan pengurusan sekaligus membudayakan aspek inovasi dengan memperkenalkan beberapa sistem implikasi terbaru.

Menurutnya, kejayaan MBI menghasilkan eZ e3@mbi dan mobile(k)@mbi yang merupakan inovasi sistem berasaskan web dan digunakan secara online dianggap sebagai kemajuan yang berterusan.

“Kita telah membangunkan kaedah eZ e3@mbi yang mula digunapakai pada September lalu untuk mewujudkan pembangunan pangkalan data membabitkan tumbuh-tumbuhan dan pokok di kawasan bandaraya Ipoh berbeza dengan kaedah sebelum yang menggunakan invensi dalam merekodkan data inventori pokok.

“Selain itu, pembangunan lapisan maklumat GIS inventori pokok dan pembangunan sistem aplikasi mobile juga dihasilkan bagi membolehkan koordinat dan gambar pokok dirakam di lapangan menggunakan komputer tablet,” jelas Roshidi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di Ipoh, hari ini.

mbi

Turut hadir, Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md Ariff; Pengarah Perancang Bandar, Zul Qarnain Mohamad, Pemangku Pengarah Landskap dan Rekreasi Bandaraya, Meor Abdullah Zaidi Meor Razali dan Pegawai Teknologi Maklumat, Nor Azlina Jalaludin.

Tambahnya lagi, program tersebut merupakan sub modul kepada Sistem eLandskap yang sedang dibangunkan secara berperingkat dan setakat ini, akses tersebut hanya dibuka kepada anggota-anggota MBI sahaja.

Sementara itu, katanya, penukaran sistem Kompaun Mobile atau dikenali sebagai, mobile(k)@mbi daripada sistem konvensional elektronik offline data kepada aplikasi mobile realtime data input dan output memudahkan wargakota membuat semakan sekaligus pembayaran secara serta-merta dalam talian bagi denda yang dikenakan.

“Setakat ini, mobile(k)@mbi telah menggunapakai Akta Pengangkutan Jalan, Undang-undang Kecil Penjaja, Undang-undang Kecil Iklan, Undang-undang Kecil Taman, dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan bagi mengeluarkan kompaun.

“Kaedah ini sekaligus menjimatkan kos peralatan dari segi penggunaan handheld device ke tablet,” ujarnya.

Tambah Roshidi lagi, pihaknya masih dalam proses untuk mendapatkan hakcipta terpelihara bagi kedua-dua sistem yang dihasilkan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");