Membawang Hari Ini

FBI mahu berniaga

fbi

Pengumuman letak jawatan di Twitter kejutkan kawan, peminat

Pagi semalam, dunia penyiaran dikejutkan dengan berita peletakan jawatan penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail, yang mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya.

Pengumuman itu membuatkan banyak pihak terkedu seketika apabila ia tiba tanpa sebarang ‘amaran’ daripada Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak enam kali berturut-turut sejak 2007 itu.

“Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini, 24 Oktober 2013,” tulis Faizal ringkas pada laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripadanya gagal apabila Faizal, 37, yang juga pengacara televisyen terkenal tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dikirimkan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");