Jenayah

Gagal curi tabung masjid

curi tabung masjid

JELUTONG – Tindakan licik mematikan suis utama bagi mengelakkan diri dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tidak berjaya membawa lari tabung masjid berikutan dibuat daripada simen konkrit.

Usaha pencuri yang berhempas pulas semalaman itu, terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana gagal membuka tabung masjid berkenaan.

Setiausaha Kariah Masjid Hashim Yahaya, Zambri Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin pencuri berkenaan sudah membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum menjalankan kegiatan mencuri.

Menurutnya, ia berikutan pencuri tersebut cuba bertindak bijak memadamkan CCTV yang terletak di atas tabung masjid.

“Pada malam tersebut masjid kami gelap kerana suis utama ditutup, kemudiannya kira-kira jam 5 pagi siak masjid hairan kenapa masjid bergelap kerana kebiasaannya ada lampu di bahagian depan dipasang sepanjang malam.

“Setelah semua diperiksa, tok siak dapati tabung kami cuba dipecahkan, bendahari masjid kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Datuk Keramat,” katanya.

Zambri berkata, disebabkan kejadian kecurian tabung menjadi-jadi menyebabkan kariah mengambil inisiatif membuat tabung masjid dengan menggunakan simen konkrit.

“Kali terakhir kejadian kecurian direkodkan pada 2012 yang mana pencuri juga gagal membuka tabung.

“Kami memohon kerjasama anggota polis membuat rondaan lebih kerap di masjid dan dalam masa sama pihak masjid juga akan memasang lebih banyak CCTV,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");