Membawang Hari Ini

Giliran Five Minutes

5 MIN

SIAPA sangka, akhirnya kumpulan Five Minutes dari Indonesia ini dapat mempromosikan album mini dan single terbaru mereka, berjudul Galau di Malaysia setelah memendam cita-cita itu hampir 10 tahun lalu.

Kumpulan yang digelar Fivers oleh kelab peminat mereka ini ditubuhkan sejak 18 tahun lalu tidak menyangka akhirnya cita-cita itu tercapai.

Menurut ketua kumpulan ini, Ricky Tjahyadi berkata, mereka sangat gembira dapat merealisasikan hasrat itu sekali gus untuk mencuba nasib di Malaysia sepertimana rakan seangkatan mereka yang lain.

“Setelah beberapa ketika, baru kini impian ini menjadi kenyataan dan kami amat bersyukur.

“Akhirnya impian kami untuk mendekati peminat-peminat Malaysia tercapai,” katanya yang berdebar menantikan sambutan yang bakal diterima oleh peminat di Malaysia.

Sebagai permulaan, Five Minutes tampil mempromosikan single terbaharu mereka berjudul Galau yang dimuatkan bersama album mini Galau yang diedarkan oleh MVM Production Sdn Bhd. Menurut Ricky, Galau mempunyai keunikan tersendiri dalam penyampaiannya.

“Kami untuk mempertaruhkan lagu ini di sini dan yakin ia akan diterima ramai.

“Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini juga seperti Selalu Menunggu, Aku dan Kamu, Tambatan Hati, Itukah Dirimu, Selalu Menunggumu dan Fivers,” katanya.

Selain Ricky sebagai pemain keyboard, empat anggota lain yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Richie Setiawan (vokalis), Drie Warnanta (bes), Roelhilman (gitaris) dan Aria Yudhistira (dram).

Janji kelainan

Ricky juga bersyukur dengan penerimaan peminat di Indonesia sebelum ini, dan kini tiba masanya untuk menempa nama di Malaysia dan yakin dapat menarik hati peminat di negara ini pula.

“Saya amat bersyukur dengan penerimaan peminat di Indonesia sebelum ini dan berharap peminat di Malaysia juga dapat menerima kami dengan baik.

“Bagi kami, peminatlah yang menentukan jatuh bangun seseorang artis, tanpa peminat, siapalah kami.

“Jadi, kami tidak kisah sekiranya dikritik namun, kami akan menerima dan cuba memperbaiki segala kekurangan dan menghiburkan mereka dengan muzik yang terbaik kepada mereka,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran album mini Five Minutes di Hard Rock Cafe di sini pada Rabu lalu.

Five Minutes yang ditubuhkan sekitar 90an ini menjanjikan keunikan dan kelainan bagi memastikan kumpulan ini bakal dikenali di Malaysia.

Mempertaruhkan muzik pop rock di pertengahan 1994 hingga, Five Minutes berjaya membuktikan lagu mereka diterima sekali gus menjadi siulan muda-mudi di Indonesia.

Sebelum ini, band dari seberang ini telah mengeluarkan album Five Minutes (1995) diikuti oleh Five Minutes 2 (1996), Romantik (1997), Ouw! (1997), Sekat (2002), dan The Best +5 (2003), Romantik (2007) Rockmantik: Repackage (2008), Semua Ini Sendiri (2009), Satu Hati (2010) dan Fivers (2012).

Ia menjadi bukti kejayaan mereka yang mana memberikan sumbangan besar dalam di industri seni Indonesia.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");