Isu Panas

Guna Gambar Palsu Di Sungai Limau Ingatkan Semula Peristiwa Di Bagan Pinang

pas-sungai-limau-mahfuz-azim-tipu-bohong-nafi-gambar-palsu-azizan-kempen-prkKalau tidak kerana akhbar Sinar Harian mendedahkan perkara sebenar sudah pasti ramai rakyat terutama pengundi di Sungai Limau tertipu dengan gambar palsu menunjukkan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mengadakan pertemuan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Justeru walaupun Pas sudah mengakui kesilapan yang dikatakan terlepas pandang itu namun Pas mesti membuat pengakuan maaf secara terbuka kerana cuai sehingga gambar palsu sedemikian digunakan untuk kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau.

Mengulas lanjut perkara itu Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani, Shahnim Mohamad Yusoff berkata walau apa pun alasan yang diberikan ternyata perbuatan menggunakan gambar palsu itu memperlihatkan parti itu amat terdesak dan tidak matang dalam berkempen.

pas-sungai-limau-mahfuz-azim-tipu-bohong-nafi-gambar-palsu-azizan-kempen-prk

Malah tegas beliau lagi rakyat sudah pasti tidak akan lupa bagaimana pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang beberapa tahun lalu, Pas juga menggunakan gambar kononnya seorang petugas mereka telah diserang dengan parang hingga cedera parah tetapi akhirnya selepas disiasat ternyata gambar itu palsu semata-mata.

“Pas patut malu menipu rakyat dengan cara kotor ini. Kita menyambut baik pengakuan Pas terhadap gambar palsu dalam pilihan raya kecil Sungai Limau ini namun kita juga mahu Pas membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan kotor ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Hari ini Akhbar Sinar Harian membuat penjelasan berkenaan sebuah risalah parti politik menggunakan foto wartawan mereka yang diubah suai untuk berkempen di PRK Sungai Limau. Tindakan ini dianggap taktik desperado demi mengelirukan rakyat.

Tambah Shahanim lagi taktik kotor, fitnah dan serangan peribadi sepatutnya dihentikan kerana ini bukanlah cara politik yang matang dan profesional.

“Kita yakin pengundi Sungai Limau bijak untuk menilai apatah lagi selama ini Pas gagal membawa pembelaan sebenar kepada rakyat. BN bukan sahaja menawarkan calon yang baik tetapi jauh lebih penting calon BN ini berupaya untuk menjadi wakil rakyat sebenar terutama di dalam membangunkan kawasan Sungai Limau ini.

“Sudah sampai masanya untuk rakyat di Sungai Limau mempercayai kredibiliti BN di dalam mentadbir negeri ini apatahlagi dengan Menteri Besar yang baru ini. Pentadbiran Kedah juga sudah berubah dan pastinya sekiranya BN berjaya di Sungai Limau maka DUN ini akan berubah wajah serta penduduknya akan lebih menikmati kemajuan,” jelasnya lagi.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");